Anugerah Skrin 2012 malam tadi berlalu dengan beberapa kontroversi. Ramai yang menyukai persembahan itu, tetapi lebih ramai yang tidak suka, menganggap TV3 semakin mengarut. Membosankan. Pengumuman anugerah menjadi acara selingan kepada persembahan bangsawan yang lebih banyak memberi tirbut kepada dongeng barat.
11.11.12
19.11.11
4 Pitching, bebas pinching?
Dua hari lalu acara besar berlaku iaitu Malaysian Creative Pitch (MCPitch) di pekarangan Finas yang menarik ramai peserta - penerbit filem (dan tv), stesen penyiaran dan penulis-penulis skrip. Ramai yang pulang gembira (lebih-lebih lagi penulis junior) yang antara mereka ada baru pertama kali idea mereka didengar oleh penerbit, malah dapat menjalin connection dengan pemain-pemain industri tersebut. Acara itu dianggap berjaya kerana sambutan yang menepati sasaran (berdasarkan cerita-cerita di kalangan penulis dalam komuniti facebook.) Yang dititik berat ialah soal sama ada dalam acara yang terbuka seperti itu apakah idea seseorang itu dicuri oleh pihak lain. Namun langkah-langkah sepatutnya telah diambil oleh pihak penganjur dan kelihatannya ramai yang berpuas hati dengan sistem yang telah dirancang dan dilaksanakan. Kecuali satu dua suara yang berkata: masih ada ruang untuk diperbaiki.
![]() |
Suasana di MCPitch 2011 - gambar dari album GBPSM (facebook) (c) Martias Ali |
Dalam program open pitching seperti ini, kekhuatiran saya bukan tentang sama ada idea kita akan dicuri atau tidak. Malah saya seorang yang bukan meletak idea sebagai nombor satu dalam menghasilkan cerita/skrip yang baik tetapi kemahiran dan kepandaian penulis itu sendiri, sehingga sesebuah karya (skrip) itu terhasil. Apa yang saya khuatir ialah acara itu akan hanya memberi sekadar harapan dan tidak lebih daripada itu. Mungkin satu atau dua penulis bertemu jodoh dengan rezeki yang banyak, tetapi sepuluh lagi akan memeluk harapan yang kosong.
Pitching itu sebenarnya bagaimana? Jika mengikut pemahaman saya, pitching ini ibarat "menjual ubat", dan pastinya ubat itu sedia ada untuk ditunjuk... dan dijual. Penjual ubat tidak menjual ubat yang belum dibuat. Pitching ini ibarat jurujual yang datang ke rumah kita menjual vacuum cleaner, arcopal, komputer untuk kanak-kanak dan lampu suluh tak pakai bateri - ada barang untuk ditunjukkan dan boleh buat demonstrasi pula. Tetapi pitching untuk filem/program tv sekarang ini lain - yang dijual hanya idea, bukan produk. Produknya belum terhasil.
Saya tidak ingat pernah menggunakan istilah pitching sebelum ini. Apa yang saya ingat, semasa aktif menulis sebelum kegawatan ekonomi 1997 dulu saya menjual skrip. Saya bawa manuskrip yang siap dijilid berjumpa penerbit. Sudah tentu dia tidak akan membaca skrip saya pada masa itu juga. Tetapi matlamat saya ialah supaya saya dapat meninggalkan skrip saya untuk ditelitinya kemudian. Untuk tujuan itu saya kisahkan kepada penerbit skrip saya itu cerita apa sebenarnya, dan cuba yakinkan kepadanya mengapa dia harus menerbitkan skrip saya itu ke dalam bentuk video. Saya bacakan sinopsis kepadanya. Kemudian menjawab soalan-soalan yang lebih teknikal. Hingga akhirnya penerbit bersetuju untuk membaca skrip saya.
Meyakinkan penerbit untuk membaca (seterusnya membeli) skrip kita, itulah pitching.
Hanya apabila seorang penulis itu diyakini oleh penerbit, barulah penulis boleh menjual skrip yang belum ditulis. Ini pun pitching. Tetapi, sekali lagi disebut, apabila penulis diyakini oleh penerbit, untuk menghasilkan skrip yang baik dan sesuai untuk diterbitkan dan dilulus oleh stesen tv untuk tayangan.
Tetapi semenjak penghujung tahun 1997 penerbit tidak berani lagi membeli skrip, apatah lagi skrip yang belum ditulis, kerana stesen tv tidak lagi membeli produk yang sudah siap. Mungkin tahun 2000, pertama kali diperkenalkan sistem proposal - penerbit menghantar proposal untuk membuat drama (tele, rantaian), sitcom, doku dan majalah tv - untuk dinilai dan diluluskan oleh stesen tv. Pada masa itu pitching dibuat setelah proposal mendapat pertimbangan (atau diluluskan) kerana stesen tv ingin memastikan mereka akan dapat produk seperti yang mereka mahu. Kemudian sistem ini berubah, pitching dibuat supaya proposal boleh diterima oleh stesen tv.
Pada mulanya ia kelihatan bagus, kerana penerbit hanya menerbit bahan yang tv mahu (dan penulis hanya menulis bahan yang tv mahukan). Tetapi lama kelamaan ia menjadi tidak bagus, kerana penulis tidak lagi bebas berkarya dan dianggap hanya sebagai pekerja upahan. Dan penulis bukan diberi merit kerana dia seorang penulis yang mahir, berwibawa atau berkualiti. Sesiapa saja yang boleh mengembangkan idea (dari sinopsis) untuk menghasilkan skrip lengkap, dia adalah penulis skrip. (Namun, penulis yang baik tetap mampu menghasilkan skrip yang baik, tetapi tidak ramai.) Hasilnya kita dengar, walaupun daripada mulut mereka yang tidak tahu menahu langsung tentang dunia hiburan ini, Malaysia kekurangan penulis yang bagus.
Saya fikir, sistem pitching "skrip yang belum ditulis" ini relevan pada beberapa tahun selepas ia diperkenalkan. Sepatutnya sekarang sistem hendaklah diubah semula, beri peluang kepada penulis berkarya mengikut kepandaian masing-masing dan nilaikan kualiti skrip mereka, dan memberi merit kepada mereka. Cara ini pasti akan menzahirkan skrip-skrip yang bermutu seperti yang diminta oleh penonton.
Itu harapan saya. Sebaliknya sistem pitching tanpa wujudnya skrip ini diperluas pula ke medan terbuka. Berapa banyakkah "idea" telah dijual beli pada MCPitch 17 November lalu? Apakah semua idea ini akan terhasil menjadi skrip dan dibeli oleh produser? Apakah akhirnya idea-idea ini akan menjadi telemovie, drama rantai dan sebagainya? Ataukah hanya sebagai landasan untuk penerbit-penerbit mendapatkan bahan-bahan untuk dihantar sebagai proposal ke stesen-stesen tv dalam musim yang akan datang?
Label:
Festival Filem Malaysia 24
17.11.11
2 Anugerah Filem: Penulis diketepikan?
(dari Facebook) Saya sebentar tadi ambil kesempatan untuk menjenguk website FFM24 dan beberapa perkara saya pelajari dari situ:
Asal: http://www.facebook.com/groups/gbpsm/?notif_t=group_activity
Website FFM24 http://www.festivalfilemmalaysia.com/senaraipenuhpencalonan.php
ANUGERAH-ANUGERAH
ANUGERAH GEMILANG PERDANA (14 Anugerah)
- Bahawa 41 buah filem dapat pencalonan (bertanding untuk beberapa kategori)
- Semua 41 filem dapat pencalonan Filem TErbaik
- Semua kecuali Aku Tak Bodoh dan Nur Kasih dapat pencalonan Pengarah Terbaik
- Semua kecuali Aku Tak Bodoh dapat pencalonan Lakon Layar Terbaik (kecuali satuatau dua penulis, yang lain semuanya pengarah)
- 31 filem dapat pencalonan Cerita Asal Terbaik (termasuk nama Martias Mohd Aliuntuk Libas) yang juga kebanyakannya pengarah juga.
Asal: http://www.facebook.com/groups/gbpsm/?notif_t=group_activity
Website FFM24 http://www.festivalfilemmalaysia.com/senaraipenuhpencalonan.php
ANUGERAH GEMILANG PERDANA (14 Anugerah)
- Skor Muzik Asal Terbaik
- Pereka Kostum / Busana Terbaik
- Penyunting Terbaik
- Penataan Bunyi Terbaik
- Cerita Asal Terbaik
- Lakon Layar Terbaik
- Sinematografi Terbaik
- Penataan Seni Terbaik
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Pelakon Wanita Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik
- Pengarah Filem Terbaik
- Filem Terbaik
- Poster Terbaik
- Kesan Khas Visual Terbaik
- Pelakon Kanak-kanak Terbaik
- Pelakon Harapan Wanita
- Pelakon Harapan Lelaki
- Lagu Tema Terbaik
- Pengarah Harapan
- Filem Pendek Terbaik
- Filem Animasi Terbaik
- Filem Dokumentari Terbaik
- Filem BoxOffice
- Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu
- Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS
- Pencapaian Gemilang
- pencapaian Sepanjang Hayat
- Anugerah khas juri mengikut tema festival dan pandangan juri-juri. Terpulang kepada budi bicara panel juri.
Label:
Festival Filem Malaysia 24
2.8.11
Langgan:
Catatan (Atom)